Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum...

firstly, Salam Maulidur Rasul kepada semua
seperti yang kita tahu, Maulidur Rasul adalah hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W
12 Rabiul Awal Tahun Gajah
Nabi amat menyayangi umatnya.

kerana cinta kepada umatnya, Nabi berusaha untuk membawa umatnya ke jalan yang benar.
kerana kasihkan umatnya, Nabi membawa umatnya ke jalan Allah.
kerana sayang pada umatnya, Nabi tidak sanggup melihat umatnya berada dalam kesesatan.


Nabi Muhammad punyai pekerti yang mulia
dikasihi & disanjungi oleh para sahabat.

Dialah kekasih Allah S.W.T 


Rasulullah dalam mengenangmu,
kami susuri lembaran sirahmu,
pahit getir perjuanganmu,
membawa cahaya kebenaran.


Engkau taburkan pengorbananmu,
untuk umatmu yang tercinta,
biar terpaksa tempuh derita,
cekalnya hatimu menempuh ranjaunya.


Tak terjangkau tinggi pekertimu,
tidak tergambar indahnya akhlakmu.
tidak terbalas segala jasamu.
sesungguhnya engkau Rasul mulia.


Tabahnya hatimu menempuh dugaan
mengajar erti kesabaran,
menjulang panji kebenaran,
terukir namamu di dalam Al-Quran







Salam Maulidur Rasul

No comments:

Post a Comment